Pihak KPDKB telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Terengganu bagi membangunkan perumahan bercampur di atas tanah kerajaan seluas 19.0613 hektar di Kampung Pasir Minal, Mukim Binjai pada 10 Jun, 2009, Projek perumahan tersebut dikenali sebagai ‘Taman Koperasi Perdana’ dengan anggaran nilai pembangunan kasar bernilai hamper RM 91 juta. Kawasan projek ini terletak kira-kira 5km dari Bandar Chukai.
Komponen pembangunan Taman Koperasi Perdana adalah seperti berikut:
NO | JENIS RUMAH | UNIT |
1 | Rumah Teres Mampu Milik | 126 |
2 | Rumah Teres Satu Tingkat | 97 |
3 | Rumah Teres Dua Tingkat | 65 |
4 | Rumah Berkembar Satu Tingkat | 36 |
5 | Rumah Berkembar Dua Tingkat | 78 |
6 | Rumah Sesebuah | 6 |
Jumlah | 408 |
Perjanjian antara KPDKB dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sebagai Wakil Kerajaan Negeri Terengganu telah dimaterai pada 4hb Februari, 2010. Dalam perjanjian itu, pihak KPDKB diberi tempoh sebanyak Sembilan puluh enam (96) bulan dari tarikh perjanjian bagi membina dan menyiapkan keseluruhan projek tersebut iaitu pada 3hb Februari, 2018. Walaubagaimanapun, pihak KPDKB telah Berjaya menyiapkan keseluruhan projek tersebut pada 3hb Februari, 2015 iaitu 3 tahun lebih awal daripada perjanjian tersebut. Ini membuktikan keupayaan dan komitmen pihak Koperasi dalam menjayakan projek ini.
Antara Perkhidmatan yang KPDKB jalankan adalah perkhidmatan penginapan iaitu ‘Rumah Rehat Kemaman’
Rumah Rehat Kemaman merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat yang juga terletak di Taman Koperasi Perdana. KPDKB hanya membuka 3 unit Rumah Rehat Kemaman sebagai permulaan dan mula beroperasi pada Mac, 2016.
Antara Kemudahan Disediakan:
1) 4 bilik tidur & 3 bilik air
2) Setiap bilik tidur dilengkapi dengan aircond
3) Setiap bilik air dilengkapi dengan water heater
4) Katil saiz Queen (3 bilik tidur tingkat atas) & Katil saiz Super Single (1 bilik tidur tingkat bawah)
5) Setiap bilik disediakan dengan selimut, tuala, rak tuala, sabun dan air mineral.
6) Ruang tamu dilengkapi dengan set sofa, meja kopi, TV LCD, Kipas siling dan Astro Njoi
7) Juga disediakan ‘iron’ & ‘iron board’
8) Ruang makan dilengkapi set meja makan 6 orang
9) Ruang dapur dilengkapi dengan peti ais, cerek elektrik dan peralatan makan minum
Lokasi berhampiran:
Hanya 0.5KM ke petrol station Petronas Mukim Binjai
Hanya 5KM berdekatan ke Pusat Bandar Chukai, Kemaman
Hanya 1.5KM ke Pasar Binjai
Hanya 4KM ke Balai Polis Kemaman
Hanya 9.5KM ke susur masuk LPT exit chukai
Untuk Sewa Harian / Bulanan
~Kadar Sewa :
Hari Biasa (Isnin, Selasa, Rabu & Khamis)-RM159 (include GST)
‘Weekend’ (Jumaat, Sabtu & Ahad)– RM212 (include GST)
**Boleh Runding
Bulanan – RM4000 (Exclude GST) **Boleh Runding