PENGENALAN

Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Gotong Royong Berhad telah ditubuhkan pada 22 September, 1986 di bawah Seksyen 9 Akta Koperasi 1948. Pada 30 September, 1995, mesyuarat agung tahunan memutuskan bahawa perkataan ‘Gotong Royong’ digugurkan. Pada 3 Ogos, 1996, perakuan pertukaran nama telah didaftarkan sebagai Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Berhad melalui suatu pindaan Undang-undang Kecil di bawah Subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993.

OBJEKTIF

  • Memperkukuhkan bidang ekonomi, memperkasakan sosial dan budaya anggota.

  • Mempelbagaikan aktiviti perniagaan serta kemasyarakatan.

  • Menyemai perasaan kasih sayang kalangan anggota demi kemajuan dan kejayaan Koperasi.

VISI

Menjadi sebuah Koperasi peneraju utama yang penyumbang kepada pembangunan di Negeri Terengganu dan Malaysia.

MISI

Berusaha sedaya upaya bagi kesejahteraan anggota serta mentransformasi Koperasi ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.

Halatuju Masa Depan Koperasi

Masa depan Koperasi, untuk mencapai sasaran amat cerah. Dua projek pembangunan hartanah akan dilaksanakan dalam masa terdekat jika tiada halangan besar di peringkat pihak berkuasa. Dengan kelulusan lesen G7 dari CIDB, Koperasi dengan pengalaman yang ada mampu menjalankan aktiviti kontrak berskala besar. Koperasi juga sudah mengenalpasti satu tapak untuk mendirikan bangunan pejabat bagi kegunaan sendiri. Anggota dan pihak pengurusan yakin Koperasi ini akan terus beroleh kejayaan.